Sunday, June 19, 2011

Tukar Sekolah

Surat pertukaran bertarikh 1 mei 2011 telah cikgu terima, isi kandungannya adalah arahan pertukaran cikgu ke SMK Air Putih Kuantan sebagai GPK Kokurikulum dg44 hakiki, dan cikgu mula bertugas di sana pada 23 Mei selepas selesaikan tugas di SMK Paya Besar,

Kemudian Mr Nandakumaran, Pengetua SMK PAya Besar pula kena bertukar ke SMK Air Putih, semalam Mr Nanda mengadakan perjumpaan dan taklimat menyeluruh warga SMK Air Putih,Mr nanda berterus terang beliau sayang nak tinggalkan SMK Paya Besar, katanya hatinya bergelora, banyak pembaharuan beliau lakukan di SMK Paya Besar, dengan perkhidmatan lebih kurang dua tahun aje lagi, beliau nak lihat hasil kerjanya di SMK Paya Besar. tapi apa boleh buat, arahan tukar kena patuhi juga.

Mantan GPK Koko SMK Paya Besar, Hj Nazli juga bertukar mennjadi pengetua di smk Felda Chini 1, tahniah hj, nazli walaupun cuma tinggal setahun dua lagi perkhidmatan.

Begitulah nasib kakitangan kerajaan tgerutama guru, sentiasa kena arah ke sana dan ke mari, apa2 pun setiap arahan sepatutnya di patuhi.


Tuesday, February 22, 2011

19 Februari... Azim sambut lagi Birthday....

Faezuddin (Awong) baru aje dapat PTPTN... masa birthday Azim dulu dia masih di Poli Pasir Gudang... balik ke Kuantan nak jugak sambut birthday adik kesayangannya.. belanja kek birthday Azim di Secret Recipy...









Wednesday, February 16, 2011

15 FEBRUARI... BIRTHDAY AZIM ISKANDAR

Azim Iskandar Sirojuddin genap 4 tahun pada 15 Februari lalu... satu majlis harijadi kecil-kecilan diadakan di Taman Sepakat. Kek harijadi disponsor oleh Ayah Cik Abdillah dan Mak Cik Faridah.


Azim rilex aje tunggu kek


Azim bembira tengok kek hari jadi


Azim tak sabar nak potong kek


Hadiah harijadi, dar Ayah cik Abdillah


seronok sangat dengan hadiah kereta kebal kontrol

Monday, January 31, 2011

31 Januari, Hari Lahir Arif iskandar Sirojuddin

Arif Iskandar anak kedua cikgu lahir pada 31 januari 2000, hari ni genap 11 tahun. sempena hari lahir Arif, suatu majlis kecil jamuan bersama keluarga terdekat diadakan di Taman Sepakat rumah neneknya. Jamuan serba sederhana hanya bermenu mee goreng kerang yang cikgu dan isteri masak sendiri serta sedikit keropok dan kek hari jadi yang ditaja oleh Mok yah dan Abah Mat.


Arif Iskandar menikmati mee goreng dan keropok kegemaranya


Azim iskandar sentiasa jadi penghibur dalam keluarga


Arif potong kek si Azim dah tak sabar


Kek hari jadi Arif ditaja oleh Mok Yah dan Abah Mat


si Azim dah tak sabar nak makan kek


Ipar duai dan biras

Saturday, January 15, 2011

3 Januari 2011, Azim Iskandar ke sekolah...

Azim 4 tahun, kali pertama ke sekolah Tadika Indera Mahkota, (tadika yang sama dengan Arif dan Farisha) pada tanggal 3 Januari 2011. Hari pertama penuh ceria dan happy. Alhamdullillah, Azim ssangat berminat ke sekolah, tak menangis dan tak perlu mak tunggu di luar sekolah...





Majlis Aqiqah dan perjumpaan keluarga KPPM

Tahniah kepada KPPM Dato' Abdul Ghaffar kerana mendapat cucu sulung yang lahir di Ireland. Suatu majlis aqiqah dan doa selamat telah diadakan di kg Pulau jawa Pekan, Pahang pada 26 Disember 2010. Sempena dengan majlis tersebut, perjumpaan ahli-ahli keluarga KPPM juga diadakan, lebih kurang 500 orang ahli keluarga telah hadir.


dato' KPPM, datin Zaiton bersama anak-anak saudara (Abdillah, Mustapha kamel, Mohd Azmi dan Dato' Jamal abd Nasir)





Cikgu siro dan isteri bersama Dato KPPM dan ahli keluarga


Datin Zaiton bersama anak-anak saudara



Cikgu Siro bersama Dato' KPPM, Datin Zaiton dan biras serta kakak ipar

Saturday, October 9, 2010

Skema Kertas Sejarah 2 Percubaan SPM 2010

Skema Bahagian B.... download di web address ni...

http://www.mediafire.com/?v3kd04ully0bndf

bahagian A

http://www.mediafire.com/?rlw0yarxay99n70