Saturday, October 9, 2010

Skema Kertas Sejarah 2 Percubaan SPM 2010

Skema Bahagian B.... download di web address ni...

http://www.mediafire.com/?v3kd04ully0bndf

bahagian A

http://www.mediafire.com/?rlw0yarxay99n70

Tuesday, October 5, 2010

Fokus Sejarah 2 SPM 2010 mengikut Temka dan Topik

Kepada semua calon SPM 2010 cikgu sediakan soalan-soalan yang diramal oleh majoriti cikgu sejarah di seluruh Malaysia yang akan keluar SPM nanti.. download aje dari website berikut

http://www.mediafire.com/?rozd4jxpwscr81x

Saturday, September 18, 2010

peperiksaan percubaan spm 2010

selamat menduduki trial kepada semua murid ting. 5 smk paya besar pada 20 sep.

Wednesday, September 15, 2010

foto raye 2010



Tahun ni cikgu beraye di Padang Tengku, Kuala lipis, kampung halaman cikgu. Semua adik beradik cikgu seramai 11 orang berkumpul di pagi raya yang cukup meriah...

Sunday, September 5, 2010

Salam Aidil Fitri

Cikgu ucapkan selamat menyambut Aidil Fitri kepada semua murid SMK Paya Bessar serta guru-guru dan kakitangan SMKPB

Kepada murid tingkatan 5, jangan lupa ulangkaji dan study untuk peperiksaan Percubaan SPM...

Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Merdeka ke 53

Sudah 53 tahun negara kita merdeka, cikgu kemukakan beberapa soalan yang perlu kita jawab bersama...

Apa erti merdeka bagi generasi sekarang?

Apakah aspek kehidupan kita yang belum merdeka?

Wajarkah menyambut kemerdekaan dengan lumba haram, arak, zina dan maksiat?

Friday, August 27, 2010

Wednesday, August 25, 2010

Al-Qadr

[1]Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Sunday, August 22, 2010

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” As Sajadah-11

insyaAllah sahabat, sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal menjemput kita pergi buat selamanya. Wassalam...

Sunday, August 15, 2010

TAZKIRAH RAMADHAN... Anak Yang Soleh

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap
kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia
akan bercakap dengan Allah SWT. Nabi Musa sering bertanya dan Allah SWT akan menjawab
pada waktu itu juga. Ini lah kelebihannya yang tiada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi
Musa bertanya kepada Allah SWT...
“Ya Allah siapakah orang yang di syurga nanti akan berjiran dengan aku ?”.
Allah SWT menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan Nabi Musa turun dari bukit dan terus berjalan menuju ke tempat
yang diberitahu.
Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya beliau sampai ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa penduduk di situ beliau berjaya bertemu dengan orang
tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan
rumah tidak melayan Nabi Musa dan terus masuk ke bilik dan melakukan sesuatu. Sebentar
kemudian dia keluar sambil membawa seekor khin’zir betina yang besar dan didokong
dengan cermat. Nabi Musa terkejut dan bertanya “Apa hal ini ?” di dalam hatinya penuh
kehairanan. Khin’zir itu dimandikan dan dibersihkan dengan baik, dikeringkan, dipeluk dan
diciumnya. Selepas itu orang tersebut membawa keluar pula seekor khin’zir jantan dan
dilakukan serupa dengan khin’zir betina tadi.
Setelah selasai tugasnya, barulah orang itu melayan Nabi Musa dan lalu bertanya,
“Wahai saudara, apa agama kamu ?”.
“Tauhid agamaku”, jawab orang itu iaitu agama Islam.
“Mengapa kamu membela khin’zir, kita dilarang berbuat begitu”, kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua ekor khin’zir itu adalah kedua ibu-bapaku”,
terang orang itu. “Oleh kerana kedua-dua mereka telah melakukan dosa besar, Allah SWT
telah menukarkan rupa mereka kepada khin’zir. Soal dosa mereka dengan Allah adalah
urusan mereka dan urusan Allah. Aku sebagai anaknya akan berbakti dan tetap
melaksanakan kewajipan sebagai anak sepertimana yang tuan hamba lihat tadi walaupun
mereka telah bertukar menjadi khin’zir”, jelas dengan orang itu lagi.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah SWT agar dosa mereka diampunkan serta menukarkan
wajah mereka seperti manusia biasa”, tambah orang itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah SWT menurunkan wahyuNya kepada Nabi Musa.
“Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, daripada hasil
baktinya yang terlalu tinggi kepada kedua ibu-bapanya, walau pun telah berubah kepada
khin’zir. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi Kami. Oleh kerana
dia telah berada dimaqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami makbulkan doanya.”

Tuesday, July 20, 2010

Nota Sejarah BAb 8 Tingkatan 5

Download aje dari web site address di bawah

http://www.mediafire.com/?x5r6v8mx0r7pian

Thursday, July 15, 2010

Nota Lengkap Sejarah Tingkatan 2

Download nota dari website di bawah....

http://www.mediafire.com/?ogqhd2jnzymetmh

Friday, May 21, 2010

Hari Sabtu Sekolah Ganti...sunyi....

Hari ini Sabtu 22 Mei 2010, SMKPB ganti cuti hari raya...tapi hanya 1/4 murid hadir..kelas kosong sunyi tak banyak karenah disiplin...




Aman Damai di SMKPB

Thursday, May 20, 2010

Peperiksaan 1/2 tahun 2010...Hari Kedua

Hari kedua peperiksaan 1/2 tahun bermula dengan kertas Bahasa Inggeris 2....nampak gayanya biru mata hitam murid-murid 5 cemerlang SMKPB




Mat Khairi dan rakan-rakan sedang menjawab soalan B1 2, nampak gayanya si syazwan rilex aje...

Wednesday, May 19, 2010

20.05.2010....peperiksaan 1/2 tahun bermula

Selamat menduduki peperiksaan 1/2 tahun kepada semua murid tingkatan 5 dan 4 smk paya besar. Harapan cikgu supaya smua menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang...



murid kelas 5 mpv sedang menjawab soalan kertas BM2 diketuai oleh LOBO