Sunday, September 4, 2011

HARI RAYA AIDIL FITRI 2011






Tahun ini cikgu dan family mmulakan hari raya aidil fitri di rumah kami di Sg isap Damai, selepas solat sunat aidil fitri di masjid Sg Isap, cikgu dan family berhari raya di rumah mertua cikgu di Taman Sepakat, suasana sungguh meriah, hampir semua adik beradik isteri datang menyambut raya di sana. Sudah semestinya mengikut tradisi keluarga mertua, hidangan wajib ialah nasi dagang ala2 terenganu. Setelah bermaaf-maafan, tiba masa sesi bergambar ikut keluarga dan ikut suka hati. kira2 jam 12 tengahari, cikgu dan family balik ke kampung halaman cikgu di padang tengku, Kuala Lipis, tak ramai adik beradik cikgu yang balik beraya pada hari raya pertama.

hari raya kedua, cikgu dan family bersiar-siar di bandar Kuala Lipis sambil Farisha anak sulung cikgu shoot foto dengan kamera Nikon D3100 yang baru dihadiahkan kepadanya. Cikgu sempat juga singgah ke sekolah lama cikgu SM Clifford, Kuala Lipis dan ambil beberapa keping foto kenangan. Tahun lepas cikgu dan family sempat jugak singgah ke SM Clifford.
Lepas tu cikgu dan family pergi ziarah bapa saudara cikgu di Taman Cheneras Jaya, Lipis.

Hari Raya ketiga, semua ahli keluarga cikgu, adik beradik, ipar duai, anak saudara semua berkumpul di rumah ayah cikgu. Adik cikgu, Anuar beli seekor kambing untuk aqiqah anaknya yang baru 2 bulan lahir, mak dan lain-lain sediakan nasi beriani dengan lauk kari kambing. Selepas zohor, ada majlis tahlil di masjid untuk arwah tok, wan dan nenek moyang cikgu. Selepas tu semua jemaah masjid berjamu nasi beriani di rumah ayah cikgu. Selepas itu majlis doa selamat diadakan memohon agar kakak cikgu yang baru menjalani pembedahan kanser payu dara dan abang ipar cikgu yang juga menjalani pembedahan kanser gusi selamat dan sembuh seperti sediakala. Selepas itu kami bergambar beramai2 sekeluarga juga guna kamera nikon d3100 farisha.

Hari Jumaat cikgu dan keluarga balik ke Kuantan dan cikgu sempat solat Jumaat di masjid Sg Isap. Kami sekeluarga outing ke ECM dan Mega selepas Solat Jumaat. HAri Sabtu cikgu dah bertugas mengiringi pelajar ke Stadium menonton perlawanan bolasepak antara pasukan pahang dan Kolej Eton, England.