Monday, January 31, 2011

31 Januari, Hari Lahir Arif iskandar Sirojuddin

Arif Iskandar anak kedua cikgu lahir pada 31 januari 2000, hari ni genap 11 tahun. sempena hari lahir Arif, suatu majlis kecil jamuan bersama keluarga terdekat diadakan di Taman Sepakat rumah neneknya. Jamuan serba sederhana hanya bermenu mee goreng kerang yang cikgu dan isteri masak sendiri serta sedikit keropok dan kek hari jadi yang ditaja oleh Mok yah dan Abah Mat.


Arif Iskandar menikmati mee goreng dan keropok kegemaranya


Azim iskandar sentiasa jadi penghibur dalam keluarga


Arif potong kek si Azim dah tak sabar


Kek hari jadi Arif ditaja oleh Mok Yah dan Abah Mat


si Azim dah tak sabar nak makan kek


Ipar duai dan biras

Saturday, January 15, 2011

3 Januari 2011, Azim Iskandar ke sekolah...

Azim 4 tahun, kali pertama ke sekolah Tadika Indera Mahkota, (tadika yang sama dengan Arif dan Farisha) pada tanggal 3 Januari 2011. Hari pertama penuh ceria dan happy. Alhamdullillah, Azim ssangat berminat ke sekolah, tak menangis dan tak perlu mak tunggu di luar sekolah...





Majlis Aqiqah dan perjumpaan keluarga KPPM

Tahniah kepada KPPM Dato' Abdul Ghaffar kerana mendapat cucu sulung yang lahir di Ireland. Suatu majlis aqiqah dan doa selamat telah diadakan di kg Pulau jawa Pekan, Pahang pada 26 Disember 2010. Sempena dengan majlis tersebut, perjumpaan ahli-ahli keluarga KPPM juga diadakan, lebih kurang 500 orang ahli keluarga telah hadir.


dato' KPPM, datin Zaiton bersama anak-anak saudara (Abdillah, Mustapha kamel, Mohd Azmi dan Dato' Jamal abd Nasir)





Cikgu siro dan isteri bersama Dato KPPM dan ahli keluarga


Datin Zaiton bersama anak-anak saudara



Cikgu Siro bersama Dato' KPPM, Datin Zaiton dan biras serta kakak ipar

Saturday, October 9, 2010

Skema Kertas Sejarah 2 Percubaan SPM 2010

Skema Bahagian B.... download di web address ni...

http://www.mediafire.com/?v3kd04ully0bndf

bahagian A

http://www.mediafire.com/?rlw0yarxay99n70

Tuesday, October 5, 2010

Fokus Sejarah 2 SPM 2010 mengikut Temka dan Topik

Kepada semua calon SPM 2010 cikgu sediakan soalan-soalan yang diramal oleh majoriti cikgu sejarah di seluruh Malaysia yang akan keluar SPM nanti.. download aje dari website berikut

http://www.mediafire.com/?rozd4jxpwscr81x

Saturday, September 18, 2010

peperiksaan percubaan spm 2010

selamat menduduki trial kepada semua murid ting. 5 smk paya besar pada 20 sep.

Wednesday, September 15, 2010

foto raye 2010



Tahun ni cikgu beraye di Padang Tengku, Kuala lipis, kampung halaman cikgu. Semua adik beradik cikgu seramai 11 orang berkumpul di pagi raya yang cukup meriah...